SEJARAH LATIHAN REKRUT TLDM
- Latihan kadet dan rekrut TLDM adalah merupakan tanggungjawab KD PELANDOK yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Pada tahun 1984.
- Pusat Latihan Rekrut di KD PELANDOK telah ditempatkan di Berek TLDM Woodlands, Singapura untuk mengawasi latihan rekrut dengan menggunakan kemudahan yang terdapat di sana.Berek TLDM Woodlands hanya bertanggungjawab menyediakan khidmat bantuan dan logistik kepada latihan rekrut.
- Upacara pecah tanah di
Pangkalan TLDM Tg. Pengelih telah dilakukan pada 15 Disember
1994 dan upacara perletakan batu asas telah disempurnakan pada 20
Jun 1995 oleh YB Menteri Pertahanan Malaysia pada waktu itu iaitu YB
Dato' Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar. Kawasan tapak projek bagi Pusat Latihan
Rekrut adalah seluas 200 ekar yang terletak di Tg. Pengelih, Johor lebih kurang
130 kilometer dari bandaraya Johor Bahru.
- Berek TLDM Woodlands telah diarahkan untuk berpindah ke Tanjung Pengelih pada awal Disember 1997 dan kerja-kerja pemindahan telah bermula pada 6 Oktober 1997. Kesemua anggota dan seluruh pejabat telah beroperasi di Tanjung Pengelih mulai 15 Disember 1997 dan penyerahan Pangkalan TLDM Woodlands kepada kerajaan Singapura telah dilakukan pada 31 Disember 1997. Memandangkan banyak kemudahan latihan belum disiapkan maka Fakulti Rekrut telah dipindahkan sementara ke Pangkalan TLDM Tg. Gelang, Kuantan di bawah pentadbiran Markas Wilayah Laut 1 sehingga awal Januari 1999 kerana banyak kemudahan latihan di Tg. Pengelih belum disiapkan. Pada awal Januari 1999 Fakulti Rekrut berpindah ke Tg. Pengelih.
- Pada 31 Januari 1999, bumbung auditorium di Tg. Pengelih runtuh. Dengan insiden ini, faktor keselamatan bangunan adalah diragui oleh TLDM dan tambahan pula pihak kontraktor gagal menyiapkan projek tersebut mengikut jadual yang ditetapkan. Fakulti Rekrut dan latihan rekrut pengambilan ke 181 terpaksa dipindahkan ke Markas Pendidikan dan Latihan TLDM di Lumut, Perak pada 1 Mac 1999.
- Setelah kerja-kerja pembaikkan dan banyak projek untuk keperluan asas latihan rekrut siap, maka Fakulti Rekrut telah berpindah semula ke Tg. Pengelih pada 28 Februari 2000. Latihan asas ketenteraan bagi anggota rekrut pengambilan ke 184/2000 telah bermula pada 30 Mac 2000.
- Pentauliahan dan Perasmian KD SULTAN ISMAIL pada 26 Feb 05 disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim, maka Pegawai Memerintah Pertama KD SULTAN ISMAIL ialah Kept Dato' Lee Kwang Lock TLDM N/401075 berkuatkusa pada Sabtu 26 Febuari 2005 bersamaan 17 Muharam 1426 Hijrah.